Rabu, 24 November 2010

Tidak Mengharapkan Balasan dan Pertolongan



Kita tidak perlu terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang telah kita lakukan seperti balasan daripada pertolongan yang telah diberikan. Dan kita juga tidak boleh mengharapkan bantuan orang tanpa berusaha atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dan dilakukan oleh manusia biasa.
Kita perlu memeliharan hati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam kehidupan seharian antaranya adalah seperti berikut:

1. Tanpa mengharapkan balasan di atas pemberian atau pertolongan yang diberikan dan mesti menerima dengan hati yang ikhlas.

2. Memohon sesuatu atau berdoa kepada Allah S.W.T, mesti diiringi dengan usaha dan menyedari bahawa Allah S.W.T yang Maha Mengentahui dan hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan permintaan dan harapan seseorang.

3. Jangan mengharap dan meminta bantuan orang lain semasa menghadapi masalah sebolehnya cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri masalah itu.

4. Jangan mengharap sumbangan atau ehsan daripada orang lain semasa mengalami kesempitan hidup sebolehnya mestilah berusaha untuk memperbaiki hidup.

Setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan keizinan Allah S.W.T tetapi seseorang tidak boleh mengharapkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa usaha. Oleh itu setiap manusia perlu berdoa, berusaha dan bertawakal. Begitu juga dalam menjalani dalam kehidupan seharian, jangan mengharap bantuan orang lain..

Isnin, 22 November 2010

selamat malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Sabtu, 20 November 2010

Jujur

JUJUR...menikmati keredhaan sepenuh hati bukan sekadar mainan bibir atau kepura-puraan diri. Hati BAHAGIA dan SEJAHTERA, Minda & Ruhani juga sejahtera insyaAllah akan membawa kelangsungan FIZIKAL DIRI NYATA YANG HEBAT. Materi dan kemewahan yang menyaluti diri, keanggunan dan kejelitaan wajah...kemachoan diri yang segak ibarat jejaka idaman Malaya adakalanya TIDAK AKAN MAMPU MENIPU DIRI YANG KURANG SEJAHTERA, TIDAK HARMONI...Semua keindahan materi, kekayaan, pangkat, harta dan kejayaan harus sahaja pembohongan yang sangat sulit dan akhirnya amattttt...amattt MELETIH & MENYAKITKAN...Jangan sesekali biarkan KEPURAAN & KESAKITAN menjadi pembohongan yang menyesakkan...

Kesyukuran

Bagaimana diri tidak dikatakan semakin lama semakin banyak berdosa, ada saja rasa ketidaksyukuran dan keluhan yang disadari atau tidak disadari keluar dari lisan atau hanya terbersit dalam hati. Ya Allah yang Maha Pengajar, ajarilah aq :

Kesyukuran untuk bangun di keheningan Malam - Mu, berarti aq masih bisa menekuri dan meratapi dosa-dosaku. (u/ yg ini tolong aq Ya Allah)

Kesyukuran bangun di pagi hari Mu berarti, aq masih di beri kesempatan untuk hidup.

Kesyukuran mandi pagi kedinginan, berarti aq masih bisa tampil bersih hari ini.

Kesyukuran memiliki pakaian, berarti aq masih cukup layak di banding banyak hamba Mu di luar sana. 

Kesyukuran akan makanan serta minuman sarapan pagi ini, berarti aq masih bisa dalam keadaan kenyang dalam menyelesaikan pekerjaan pagi ini.

Kesyukuran akan keluhan-keluhan teman-teman di tempat kerja karena belum kutunaikan haknya, berarti aq masih di perhatikan.

Kesyukuran bertumpuknya pekerjaan-pekerjaan, berarti aq tidak membuang waktuku hari ini dengan percuma.

Kesyukuran akan menu makan siang hari ini, berarti aq masih bisa menikmati kenyang tanpa harus keluar dari site.

Kesyukuran atas kepenatan serta kelelahan bekerja, berarti aq masih di beri kekuatan serta ketajaman dalam menyelesaikan sebuah amanah.

Kesyukuran jemputan pulang dari site, berarti aq tidak jalan kaki setelah seharian bekerja.

Kesyukuran makan malam, berarti aq bisa tidur dengan tenang tanpa dililit kelaparan seperti hamba-hamba Mu yang diluar sana.

Kesyukuran tempat tinggal yang jauh dari layak, berarti aq tidak beratapkan langit dan tidak takut kepanasan ataupun kehujanan kapanpun.

Kesyukuran tempat tidur yang empuk dan nyaman, berarti aq dapat terlelap dengan tenang.

Dari semuanya berharap pelan-pelan Wahai yang Maha Penjaga aq dapat mensyukuri sehingga keberkahan akan turun dari Arassy Mu.

Berpendirian Dalam Hidup

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : “Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka”. (at-Tirmidzi)
Hidup memerlukan pedoman yang betul agar kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesedaran dan tanggungjawab. Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.
Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkanlah akhlak yang baik terhadap mereka agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Ia mudah cenderung untuk melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain.

Rabu, 3 November 2010

KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA & BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU….KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA ......

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.
Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA. DAN BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU….KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah