Ahad, 31 Julai 2011

selamat menyambut ramadhan


bagi semua beragama islam selamat menyambut bulan ramadhan,
bulan bagi kite untuk memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat,
sama-sama lah kite berdoa agar segala amalan di sepanjang ramadhan diberkati..
malam ni jom sama-sama pergi solat terawih.. :)

Sabtu, 11 Jun 2011

warna untuk kami

warna untuk syafiq ialah lime

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.

warna untuk amira nabila ialah hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Ahad, 15 Mei 2011

1 negatif, 10 positif yang menunggu

permulaan yg sgt mencabar
ini sume sbg satu pengalaman yg amat berharga
ini sume wajib dilalui sesiapa shj memulakan pernigaan
aku happy apabila ada satu yg negatif
kerana ada 10 lagi positif yg menuggu
hanya fikir aku boleh lakukan
semangat yg penting

Sabtu, 14 Mei 2011

menolak segala tawaran untuk melanjutkan pelajaran tahun 2011

pengorbanan yang agak besar
aku tidak akan pergi temuduga di utm pada 18 mei 2011
dan aku juga akan menolak segala tawaran untuk menyambung pelajaran
pada tahun 2011
ini semua kerana aku ingin mencari pengalaman
pengalaman yang cukup untuk aku membuka firm interior sendiri nty
bukan aku tidak berminat mencari ilmu
cuma aku hanya fikir ttng masa depan
dan jika ada tawaran pada masa hadapan untuk melanjutkan pelajaran
aku akan pergi.. 

Jumaat, 18 Februari 2011

Tiada Lagi Di Waktu Pagi

tiada lagi di waktu pagi...
aku ingin kan seperti dulu...
tapi sekarang sumenya dh berubah.. kenapa ??
aku rindu kan die yang dulu... tapi sume sudah berubah... 
mungkin ujian tuhan kepada ku...
aku tetap akur dengan ketentuan illahi...
mungkin aku berada didunia yang tersendiri... 
mungkin aku terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti... 
tp semuanya dh berlalu... 
aku dh cuba menjadi yg terbaik untuk diri nya...
aku tetap redha...
ya Allah, tolong la hamba mu ini...
aku hanya berdoa supaya dirinya bahagia selalu... 
aku akan sentiasa mengembirakan hati nya...
walaupun ape yg terjadi... 
aku tetap sayang kan dia... 



Selasa, 15 Februari 2011

Ape Yang Perempuan Fikirkan


Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."

kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."
kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya

meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang

perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."
kalau lelaki handsome bawa BMW

perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"
kalau lelaki handsome tak mau bergambar

perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."
kalau lelaki handsome bersedih hati

perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"




P/s: Sekadar renungan bersama.Kenali dan nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain. Terimalah dengan redha dan hati terbuka terhadap kekurangan yang ada pada pasangan kita. 
Sekian.

Jangan mengecewakan orang yang kite sayang..


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas
 SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan 
dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat 
selain kata cinta itu.



6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.